_ FAQs

SOALAN-SOALAN LAZIM


Apakah Jenis Perniagaan yang Mermerlukan Permohonan Lesen PBT / Majlis?

Mana-mana perniagaan yang telah berdaftar dengan SSM dan beroperasi di premis wajib memohon lesen Majlis.

Apakah Jenis Lesen yang Diperlukan?

Terdapat beberapa jenis lesen yang boleh dikategorikan seperti berikut:
i) Lesen Perniagaan – Untuk menjalankan perniagaan sama ada di lot kedai, kilang atau bangunan-bangunan lain.
ii) Lesen Papan Tanda – Untuk pemasangan papan tanda, permohonan lesen papan tanda perlu dibuat terlebih dahulu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka & PBT
iii) Permit Kerja Kecil-kecilan - Untuk kerja kerja yang memerlukan kelulusan daripada PBT
v) Permit Pengubahsuaian - Permit ini diperlukan untuk menambah, mengubah, atau mengeluarkan struktur yang sedia ada, walaupun hanya partition papan gypsum yang sederhana

Apakah Dokumen yang Diperlukan untuk Memohon?

Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk memohon lesen:
– Sijil Pendaftaran SSM
– Kad pengenalan / pasport Pengarah
– Perjanjian Sewa / Perjanjian Jual & Beli
– Pelan lantai
– Gambar premis
– Visual papan tanda
– Lain-lain (bergantung kepada jenis perniagaan yang dioperasikan, senarai dokumen tambahan akan disediakan setelah anda memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan kami)

Berapa Lama Masa yang Diperlukan untuk Mendapatkan Kelulusan?

Bergantung kepada jenis lesen yang dipohon, tempoh kelulusan adalah antara 3 hari bekerja hingga 1-2 bulan (anggaran). Ia juga bergantung kepada keperluan dari setiap Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran. Klik pada ikon WhatsApp untuk berhubung dengan kami dengan segera untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

HUBUNGI SEGERA